BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 27, 2012

waarkah seorang yang mahu berubah



-iluvislam sumber asal. ;-) entri yang terbaru, sila pergi ke blog yang satu lagi. diba dah tak berapa active blog ni. harap maklum :-)
Nama saya E (bukan nama sebenar). Saya ini gadis biasa yang dapat belaian kasih sayang daripada kedua ibu bapa saya. Saya ada ramai kawan-kawan dan saya happy dengan hidup saya. Alhamdulillah. Walaupun saya bukan berasal daripada keluarga yang kaya, yang boleh dapat segala-galanya, tapi, cukup untuk saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada saya.
Hmm, saya memang pakai tudung, dan, Alhamdulillah, apa yang wajib saya tunaikan. Tapi kadang-kadang itu, err... ada jugalah saya tergelincir. Saya tak terbangun untuk mengerjakan solat Subuh dan sebagainya.
Kadang-kadang, kalau setakat nak keluar pergi kedai beli santan, saya sarung sahaja T-shirtberlengan pendek. Nak senanglah kononnya. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan untuk menonton wayang ke, baju kenalah fashionable, kan? Dalam kata lain, ketat dan jarang. Kadang-kadang saya pandang sebelah mata sahaja. Apalah sangat, kan? Waktu itu, saya fikir yang penting saya tak buka tudung.
Saya nak buat satu pengakuan. Saya pernah bercouple. Saya pernah ada boyfriend. Memang saya hanyut bercinta. Hanyut melayan perasaan. Saya memang sayang boyfriend saya itu. Sangat sayang.
Kalau dia tak text saya, saya sedih. kalau dia tak call, saya mula rindu. Teringat akan dia. Tulis status jiwang di Facebook, Twitter.
Kalau boleh, saya nak dia tahu yang dia amat bermakna buat saya. Bagi saya, saya nak jadi yang terbaik untuk dia. Pelbagai usaha saya lakukan untuk memastikan yang saya dapat jadi terbaik untuk dia. Saya tak nak orang lain jadi lebih baik daripada saya.
Memang pada mulanya, hubungan kami sangat "membahagiakan"'. Janji itu, janji ini. Janji untuk sehidup semati, janji untuk sama-sama hidup susah dan senang. Biasalah. Remaja.IDEALISTIC.

Pada hari lahir si dia, kalau boleh memang saya nak buat yang terbaik untuknya. Sanggup berhabis duit untuk buat surprise party buat si dia. Nama pun perempuan, kan? Memang kalau dah sayang orang, sayang sepenuh hati. Tambahan pula, saya memang susah nak sayang orang. Tapi kalau sekali saya sayang, saya memang sayang betul-betul. Betul apa yang orang kata, "Don't love too much, don't hope too much, because that too much will hurt you so much."
Setiap kali dia buat salah, cepat sahaja saya maafkan. Maklumlah, dah terlalu sayang. Memanglah sampai macam tu. Sampai semua kesalahan si dia saya pejam mata and saya fikir, biasalah, semua manusia buat kesalahan.
Masa sedang "bahagia" bercinta, ada jugalah kadangkala saya dengar orang cakap, couple itu haram. Ya! Saya faham apa itu haram. Saya faham apa hukumnya kalau kita buat juga. Tapi sebab sayang, saya pujuk diri saya, "Bukan kami buat benda bukan-bukan pun."
Saya juga pernah menonton rancangan Soal Asyraf di Astro Oasis dan topik pada waktu itu ialah "Cinta".  Apabila saya tahu pasal topik itu, mulalah saya excited! Tapi alih-alih, Imam Muda Asyraf kata couple itu haram. Again, saya ambil mudah perkara itu, sebab, sekali lagi, saya fikir, "Bukan kami buat apa-apa pun."
Saya tengok orang lain pun bercouple juga. Ramai lagi kawan-kawan saya yang bercouple. Oleh sebab itu, saya buat tak kisah. Adalah juga saya terbaca di Facebook yang cakap bercouple itu haram. Hmm, memang saya baca. Saya faham.
Sebelum ini, saya dah didedahkan dengan macam-macam statement yang mengatakan coupleitu haram. Tapi, biasalah, orang yang tengah syok bercinta, saya sanggup utamakan cinta saya untuk si dia daripada cinta saya untuk Dia.
Setiap kali saya text buah hati saya itu, confirm saya tunggu depan telefon. Angau! Credit habis banyak-banyak pun saya tak kisah. Yang penting saya dapat text dia. Yang penting, saya dapat dengar suara dia. Sweet ke? Bila saya cakap, "I love you," dan ada orang balas, "I love you more, baby." Ooh, memang! Ketika itu, bila dapat text seperti itu, senyum lebar sampai rasa nak menari-nari, lompat-lompat atas katil! SYOK HABIS! Memanglah. Cinta boleh membahagiakan tetapi, pada masa yang sama, cinta boleh membawa keburukan kalau kita tak jaga dengan betul.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, dia cakap dia nak break upThere you go! Sayang sangat, janji sangat itu ini, berkorban macam-macam. Akhirnya?! Hah! Memang masa itu padan muka saya. Dia cakap dia nak freedom, dia tak bersedia untuk ada commitment. Dan saya pun tak pastilah kalau dia ada agenda lain.

Pada mulanya, saya agak tabah untuk menerima hakikat yang kami dah tak ada apa-apa. Tapi lama-kelamaan, saya rasa kehilangan. Sampai demam-demam masa itu. Penangan terhebat! Kalau saya duduk bersendirian, mesti saya akan menangis. Kadangkala, tiba-tiba teringat kenangan yang kami pernah ada dulu – memang menangislah!
Saya tak boleh dengar lagu-lagu yang pernah kami dedicate to each other dulu ... sewaktu zaman romantis bagai nak rak! Saya cuba jadi kuat, tapi saya tahu, saya sedar. semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Saya terjumpa ayat ni,
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Saya percaya ini adalah 'turning point' buat saya. Saya rasa Allah nak saya cari Dia balik selepas dah lama saya abaikan dia. Selepas semua benda yang terjadi, saya lalai. Saya lupa Dia. Waktu itu, memang saya rasa saya bodoh sangat. Bodoh kerana hanyut dengan cinta yang tak kekal. Sedangkan orang lain berlumba-lumba untuk mengejar cinta Allah. Tapi saya? Hanyut. Hanyut dengan keseronokan dunia. Keseronokan yang sementara.
Saya rasa bersalah. Bersalah dengan Allah. Bersalah dengan ibu bapa saya. Wang yang ibu bapa saya beri, saya bazirkan untuk top up kredit telefon, beli hadiah teman lelaki saya. Daripada situ, saya mula mencari cinta DIA. Cinta yang hakiki.

Langkah pertama saya, saya penuhkan hari-hari saya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Saya mula sedar yang selama ini masa saya banyak dihabiskan untuk si dia. Kadang-kadang, saya sanggup korbankan masa tidur saya semata-mata untuk si dia.
Sememangnya pada masa itu, nafsu saya berjaya menjajah akal saya untuk bersikap kurang realistik dan jauh daripada kewarasan yang sepatutnya.  Tapi, saya bersyukur. Setidak-tidaknya, pengalaman itu mengajar saya erti cinta sebenar.
Kemudian, saya ambil langkah seterusnya dengan menyertai usrah di tempat saya belajar. Itu adalah pengalaman pertama saya menyertai usrah. Pada mulanya, saya agak takut. Saya tak tahu macam mana suasana suatu usrah itu. Saya tak tahu, dan selama ni, saya tak pernah nak ambil tahu.
Saya juga mula belajar baca buku agama. Rupa-rupanya, banyak lagi benda yang saya tak tahu. Banyak lagi benda yang saya ambil ringan. Banyak lagi benda yang saya rasa betul, tapi hakikatnya dalam Islam apa yang saya buat itu salah.
Pada suatu hari, ketika suatu sesi usrah, naqibah group usrah saya tanya kepada ahli-ahli usrah tentang 20 sifat Allah. Setiap orang dengan ceria menyatakan satu persatu 20 sifat Allah. Saya terkedu. Saya senyap. Saya akui, memang saya tak tahu. Pada masa itu, saya rasa sangat malu. Saya memang rasa diri saya sangat jahil.
Setelah pulang daripada sesi usrah itu, saya menangis! Saya menangis sebab saya baru sedar yang selama ini orang lain sedang berkejar-kejar mencari cinta Ilahi. Cuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah. Tapi saya? Saya ambil ringan. Saya buat tak kisah. Saya terpengaruh dengan keseronokan dunia yang sementara. Tapi semua itu tak mematahkan semangat saya. Alhamdulillah, saya lagi bersemangat untuk terus mencari cinta Allah, cinta yang hakiki.

Kemudian, saya menyertai suatu camp keagamaan. Suatu perkara yang betul-betul terkesan di hati saya adalah, 90% daripada peserta-peserta program itu pakai tudung betul-betul mengikut apa yang digariskan dalam Islam. Tapi saya? Saya pakai tudung biasa-biasa, setakat untuk memenuhi syarat memakai tudung.
Ketika itu, saya memang rasa sangat rendah diri. Saya sangat kagum dengan gadis-gadis sebaya dengan saya yang betul-betul ada prinsip diri untuk mengikut al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Mereka tahu itu perkara yang betul. Mereka tak ambil kisah pandangan orang lain yang sering mengeluarkan statement orang yang bertudung labuh itu kolot dan sebagainya.
Saya sangat impressed. Alhamdulillah, itu merupakan satu semangat kepada saya untuk terus berusaha mencari cinta Ilahi. Saya nak! Saya nak jadi yang terbaik di sisi Dia, bukan terbaik di mata manusia tapi terbaik dalam pandangan Allah.
Saya bertekad. Saya nak jadi baik. Saya nak ikut jalan yang benar. Saya nak jadi penghuni syurga. Saya nak kebahagiaan yang hakiki di akhirat sana. Saya nak jadi insan yang mulia di sisi Allah. Saya nak jadi wanita yang solehah, semulia Asiah, sehebat Fatimah Az-Zahra. Yang penting, SAYA NAK BERUBAH.
Yang ikhlas,
E.


Wednesday, May 23, 2012

lakaran hidup

Assalamu'alaikum semua. Apa khabar semua? Iman sihat? Alhamdulillah. ;-) Diba pun okee jugak. *buat-buat macam orang tanya balik*. hehe. Alhamdulillah, penghujung exam mid year sudah sampai. Pada esok harinya, 24/05/2012, last paper three chemist. Lepas tu cuti. *yeayyeay* Memang itu yang ditunggu-tunggu oleh saya dan sahabat-sahabat seperjuangan selama ini. Nak topup tidur. ;-) haaa, cakap pasal topup., dah nak dekat sebulan saya tak topup. Jadi, maaflah ea kepada penghantar messages, diba malas nak topup. Membazir. Hehe. Tapi Insya-Allah, cuti ni diba topup. Nak dating dengan kak Afiqah lagi, dengan Putut lagi ;-) waaah, rindu mereka. Diorang tu lah jantung hati limpa diba ;-) Nak jugak? Langkah mayat diba dulu. Ni jantung hati ni, mana boleh share-share. Apa lah. ;-) 


Baiklah. Kali ni, diba nak cerita pasal.. Hmmm. Kisah lama. Kisah lalu. Masa lepas. Hehehe. Alhamdulillah, hari ni Allah bagi pinjam oxygen, bagi pinjam tubuh badan, dapat juga diba cerita masa lepas diba ni. Bunyi macam pelik je.. MASA LEPAS? Allah hai, tak pelah, diba tukar, MASA LALU


Okay. Gini story nyaa.


Pada suatu hari, *cewaaah, start cerita ni*, diba berjalan-jalan kat satu area taman permainan ni. Lepastu, diba jalan, diba lalu sebelah satu dewan ni. Diba nampak seorang lelaki. Tapi sekilas pandang je ea. ;-) bukan dua tiga empat lima kali k.. Ingat tu. haaa, sekali kilas memang diba nampak dia handshooooooome. Ntah dua tiga kilas macam mana kan. Diba ada jugak ternampak dua tiga makcik dok sebelah abang tu. Taksilap diba diorang ada mesyuarat,. Haish, Dalam dewan nisbah lelaki 1 ea. Perempuan 10, jadi, 1:10. Sabar ea abang. Abang duduk sembang borak dengan makcik tu. Layan je lah walau makcik pun. Cabaran orang handsome, kacak memang macam tu. Tergelak diba tengah jalan sambil monolog dalam hati. Makcik-makcik menggatal bukan main lagi. Comeeel sangat. ;-) 


Tapi, bukan ini yang cerita yang diba buat untuk dibaca, bukan cerita itu untuk dijadikan pengajaran, dan bukan cerita itu juga yang diba mahu sajikan pada semua. Bukan itu yang mahu dijadikan santapan minda. Bukan Bukan! Dan bukan! Semestinya bukan. Masa laluku bukan cerita indah untuk ditawakan. Dan bukan cerita manis yang terukir di senyuman orang. Masa laluku hitam. Seperti tangisan darah yang mengalir, seperti jeritan orang yang sedih, seperti sakit orang yang jatuh. Itu masa laluku. Itu masa lampauku. Padangan seseorang terhadap aku dulu seorang pendosa, kata-kata yang datang dari lidahku sungguh tajam sampai mampu parah terluka. Itulah aku. Seorang hamba yang sungguh hina. Cukup alpa aku dengan keindahan dunia, sungguh asyik aku melayan dusta dunia, sungguh teruk dibutakan dengan cinta dunia. 




Tidak aku tahu bahawa aku perlu genggam akhirat, bukan dunia. Yang ku genggam dahulu merupakan dunia. Dunia itu ibarat api yang ku genggam. Aku lupa tentang akhirat yang mendatang. Aku hilang dari landasan-Nya. Sehingga sesat tidak jumpa jalan kembali. Sungguh susah hati ini lembut kerana-Nya, sungguh susah air mata mengalir untuk-Nya, sungguh payah badan bergerak mengikut suruhan-Nya. Itu aku. Itu MASA LALUKU. Buat perkara yang ditegah-Nya. Tinggal perkara yang menjadi suruhan-Nya. Malu aku menghadap-Nya.


Tak mampu ku bawa dosa-dosa aku seorang pendusta. Tetapi aku tetap mencari cinta Maha Kuasa. Pada permulaannya susah hati menerima cahaya. Cukup penuh dengan titik zina. Cukup hitam hatiku ini. Cukup busuk hatiku ini. Cukup teruk pendirian aku. Apa yang aku harapkan hanya keampunan Maha Kuasa. Aku tidak tahu apa lagi yang perlu dituturkan. Aku buntu. Kadangkala hati ini yang telah aku tenangkan dengan alunan zikir, kembali gundah.


Mahu kembali ke jalan Allah yang lurus. Walaupun terdapat duri di tengah perjalanan ku itu, Allah tetap bersama dengan ku. Bantu aku mengharungi duri-duri tersebut. Walaupun lukanya teruk. Allah yang pulihkan. Ya Allah, bantu lah mengharungi hidup ini. Pulihkanlah luka ini. Bersihkan segala kekotoran di hati ini. Sedih ya Allah, bila terdapat kaum hawa yang menceritakan tentang agama, tapi aku tidak tahu apa yang dibincangkan. Aku tak mampu untuk berbincang sama. 


Apa ke bodohnya aku ni. Kenapa aku buta sangat NAK NAMPAK cinta Allah. Kenapa aku takmampu lihat cinta Dia? Kenapa! Hmmm. Aku masih buta dengan cinta dunia. Arghhh. Berambus lah dunia. Kenapa kau ganggu hidup aku! Mengapa? Aku bukan nak kejar kau wahai dunia! Cukuplah dengan apa yang telah kau buat terhadap aku. Hancur punah hati aku. Hancur akhlak aku. Hanya kerana dunia yang tidak ada nilai. 


Hidup aku hanya untuk mengejar syurga yang abadi, cinta Allah yang hakiki. Ahhh, melampau kau dunia. Sungguh melampau. Kau tinggalkan aku dalam keadaan hina. Kau bawa aku jauh dari cinta Allah. Kau buat aku terlupa akan pencipta agung aku. Lupa akan akhirat. Kau seperti bawa aku jauh berjalan, akhirnya kau hantar aku ke lembah kebinasaan. Allah ciptakan kau dunia hanya untuk sementara dan diisi dengan kebaikan. bukan menghancurkan. 






Wahai pembaca, BANGUN lah dari tidur nyenyak anda. Kejarlah akhirat yang abadi. Kita bimbing diri ini jauh dari zina. 


"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."-Surah Al-Israk: ayat 32


Sabda Rasulullah s.a.w "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangiumur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."-Hadis riwayat Baihaqi

dunia adalah satu khayalan yang mana satu hari nanti ianya juga akan musnah, jadi apa gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja saja yang kekal. dan Rasulullah pernah berkata, yang dunia ini hanya impian orang yang tidur.

-puteri intan diyana azhar


sudahlah mengejar dunia, kita kembali ke akhirat. inilah yang ingin diba sampaikan kepada semua. diba pernah alpa dengan cinta dunia, dengan tipu helah dunia, tapi akhirnya diba hanya dapat kerugian. selagi ada nafas, baliklah kepada Allah. jooom kita kejar Allah. setiap degupan biarlah didendangkan dengar Allahuakbar, Alhamdulillah, Astaghfirullah. 

sekian sudah dari saya Adibah. harapan diba, semoga orang kat luar sana, ambil ikhtibar, dan post kali ni mampu dijadikan peringatan buat anda semua. Assalamu'alaikum. :-)

-ADIBAH NORKHAIRY

Sunday, May 20, 2012



 بسم الله الرحمن

 الرحيمالسلام عليكم 

AllahuakbaruAllahuakbar.
kembali bersua, bertemu.. alhamdulillah pada malam yang bahagia ini.. saya Adibah Khairy ingin share something dengan ukhti akhi semua. semua yang comel-comel belako. hehe. ahli-ahli jannah semua ni. okee baiklah. diba nak bagi 18 tips untuk kita merawat hati kita. di mana diba dapat? alhamdulillah.. diba dapat dekat iluvislam. seperti biasa. okee. :-) mari kita renung-renungkan. dan kita sama-sama buat to-do-list. okeee sayang-sayang sekalian? :-) alright, kita mulakan..


Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
-iluvislam. 


waaah, hebat sekali kan.. semua bergantung kita dengan Allah. baik hubungan kita dengan Allah. maka.. hidup kita pun eloklah :-) kan awak-awak kan?


yangbenar,
dibahkhairy

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum.
Sudah lama diba tak jejak blog ni. Berhabuk sudah. :-) InsyaAllah.. lepas ni bila ada kelapangan.. diba akan update. Okee :-) 
Kali ni diba nak post tentang puasa. Alhamdulillah.. tak berapa bulan lagi Ramadhan datang ketuk pintu hati kita. Jooooom kita kumpul pahala. ;-) *EXCITED nak RAMADHAN* :-) oke lah.. 


Okeelah setakat ini sahaja kita berceloteh k. hehe. Nanti diba membebel lagi oke. Lagi panjang :-)
Assalamu'alaikum.



yangbenar,
 dibakhairy

Friday, August 5, 2011

Love Just The Way You Are, Muslimah

Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.

Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.

Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.

But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.

Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!

I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.

But girl, please! I really love you just the way you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.

- Artikel iluvislam.com